Setiap lopak sunyi terselit bitumen rindu,
Setiap titis asid hidroklorik membawa muram ph 5.
Kamu mahu menjadi kertas litmus merah?
Atau penunggu hiba di kebuk wasap?
Biar aku menjadi penunu bunsen
Atau kamu hidup bagai corong turas.
Yang lain cuba menjadi katak makmal.
Bising di kala hujan, luluh ditekup klorofom.
Kamu,
Aku tidak perlu air dalam elektrolisis cinta kita.
Kerana cintamu sudah hilang diresap kalsium klorida kontang.
Aku,
Biar aku terus begini,
Merajuk di hujung makmal biologi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar